BAGAIMANA TIDUR YANG SEMPURNA
MEMBANTU MENCEGAH JERAWAT
‘ Tidur sememangnya bukan suatu mitos
Pergi ke tempat kerja, gimnasium, bersosial, menghabiskan masa berkualiti untuk memasak dan bersama keluarga…sebenarnya, masa yang ada dalam sehari tidak mencukupi! Dengan pelbagai perkara yang perlu dilakukan, ramai di antara kita memulakan hari lebih awal dan mengakhirinya lebih lambat. Namun, adakah dengan mengurangkan tidur lewat dapat membantu membaiki kulit kita, mencegah dan menghilangkan jerawat?
TIDUR YANG TIDAK MENCUKUPI BOLEH MENINGKATKAN HORMON STRES
DAN KERADANGAN
Tidur yang tidak mencukupi atau yang terganggu boleh menyebabkan peningkatan hormon stres.
Sekiranya anda mengalami tidur malam yang tertekan, badan anda akan menghasilkan lebih banyak glukokortikoid.
Glukokortikoid adalah hormon steroid yang merosakkan fungsi sistem imun.
Penghasilan glukokortikoid yang berlebihan boleh menyebabkan keabnormalan pada struktur dan fungsi kulit yang mengakibatkan kerosakan, peningkatan sensitiviti serta keradangan kulit yang bertambah seperti jerawat dan psoriasis.
Tidur adalah masa untuk seluruh badan anda menjana semula - termasuklah kulit. Apabila anda tidur lebih lama, anda meningkatkan keupayaan semula jadi tubuh secara berkesan untuk melakukan fungsi penyembuhannya seperti menghilangkan jerawat.
CARA MENJADIKAN TIDUR SEBAHAGIAN DARIPADA
AKTIVITI PENAMBAHBAIKAN UNTUK KULIT YANG MUDAH BERJERAWAT
5 langkah untuk malam yang merehatkan
Sekiranya kunci untuk kulit yang cantik dan bebas dari kerosakan adalah tidur malam yang sempurna, bagaimanakah anda boleh mendapatkannya?
1. Makan lebih awal
Pastikan anda tidak makan makanan yang banyak apabila hampir waktu tidur. Makanan berat dan tiadanya aktiviti menyukarkan badan anda memproses makanan dan boleh menyebabkan masalah pencernaan serta tidur yang terganggu. Makanan terakhir anda dalam satu hari hendaklah sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.
2. Jangan melihat skrin sebelum tidur
Penyelidikan1 menunjukkan bahawa cahaya biru dari telefon bimbit, komputer dan skrin TV mengganggu ritma sirkadian, atau "jam tubuh" dan sekaligus menyebabkan tidur terganggu. Ditambah pula dengan menonton filem, mengadakan perbincangan di media sosial atau membalas e-mel, kesemuanya ini membuatkan otak anda sentiasa peka ketika ia benar-benar memerlukan rehat. Oleh itu, padamkan skrin anda sejam sebelum tidur dan lakukan sesuatu yang lebih menenangkan sebelum anda melelapkan mata.
3. Benarkan rawatan jerawat anda bertindak semalaman
Manjakan kulit sebelum tidur. Bersihkan kulit anda dengan sempurna menggunakan pencuci muka untuk kulit mudah berjerawat dan pembersih pori, kemudian tepuk pelembap khas. Gunakan masker jerawat pembersihan mendalam sekali atau dua kali seminggu. Waktu tidur adalah waktu terbaik untuk beberapa rawatan jerawat bertindak. Sapukan losyen jerawat anda setelah membersih dan melembapkan untuk keajaiban semalaman.
Retinol adalah bahan yang semakin popular dalam penjagaan kulit yang mudah rosak. Ia berfungsi dengan memperbaharui sel kulit dan mengetatkan pori. Penggunaan pada waktu malam adalah disyorkan kerana pembaharuan sel paling kuat berlaku ketika anda tidur. Kulit baharu yang terbentuk adalah lembut dan lemah terhadap sinaran suria. Maka, jangan lupa untuk menggunakan SPF harian semasa menggunakan produk retinol.
4. Tukar sarung bantal anda secara kerap
Sarung bantal – selain berus solekan, kain pencuci dan tuala – boleh mengumpul kotoran, minyak serta mikrob. Ia dipindahkan ke kulit anda dan boleh menyebabkan pori tersumbat dan masalah kulit yang baharu. Pastikan anda membersihkan kulit sebelum tidur dan menukar sarung bantal sekurang-kurangnya dua kali seminggu, jika anda mempunyai kulit yang mudah rosak.
5. Panjangkan waktu tidur anda
Sebilangan besar kajian menunjukkan bahawa tempoh waktu tidur yang sesuai adalah antara tujuh hingga sembilan jam. Pada jam berapakah anda perlu bangun untuk mendapatkan sarapan yang baik, memakai pakaian dan bergerak ke tempat kerja? Hitung ke belakang dari situ untuk mengetahui pada jam berapa anda perlu mula tidur dan kemudian tambahkan 30 minit masa berhenti. Oleh itu, jika anda perlu bangun pada pukul 7 pagi, anda perlu tidur pada pukul 10.30 malam.
PRODUK HEBAT UNTUK AKTIVITI PENJAGAAN KULIT YANG MUDAH BERJERAWAT
Untuk membantu menghilangkan jerawat, rutin pembersihan setiap malam adalah sangat digalakkan. Makmal La Roche-Posay berbangga dengan penciptaan produk yang diformulasikan khas untuk rawatan kulit berminyak dan mudah rosak.
- EFFACLAR Purifying Foaming Gel adalah gel berbuih dan mudah dibilas. Pembersih ini diperkaya dengan asid salisilik bagi mengawal sebum untuk kulit yang dibersihkan.
- EFFACLAR K (+) adalah antioksidan, pelembap penghidratan yang berfungsi mengawal sebum, kilat serta membuka pori yang menjadikannya rawatan jerawat dewasa yang ideal.
- EFFACLAR Duo (+) adalah rawatan jerawat remaja yang komprehensif dengan bahan aktif yang membuka pori, antibakteria dan mengawal sebum.
Temui lebih banyak produk La Roche-Posay untuk merawat kulit anda yang mudah rosak.