CARA MEGHINDARI
ALAHAN KULIT
Sekiranya ruam merah yang gatal adalah gangguan biasa bagi anda, kunci untuk mendapatkan kelegaan adalah dengan mencari alergennya lalu menyingkirkannnya dari kehidupan seharian anda. Untuk mencapai tujuan ini, adalah berguna untuk membuat catatan bila dan di mana berlakunya masalah. Dalam kes yang lebih teruk, rundingan bersama pakar alahan boleh dilakukan untuk menentukan pencetus masalah anda.
Dalam bahagian ini, anda akan menemui senarai lengkap "suspek biasa" yang akan dikeluarkan apabila menyiasat sebarang kes alahan baharu. Anda juga akan mendapat petua terbaik mengenai cara mengelakkan reaksi kulit alahan yang merangkumi segala-galanya dari cara memilih kosmetik anda hingga ke cara mencuci pakaian. Dalam satu artikel khas, anda juga akan mempelajari cara membetulkan tabiat kecantikan yang buruk yang boleh mencetuskan reaksi alahan kulit dan mengetahui bagaimana “5 sehari” yang salah boleh menjadikan alahan anda lebih teruk (dan pilihan mana yang lebih selamat!).