CARA MENGURANGKAN
PARUT JERAWAT DAN TANDA MERAH ATAU PERANG

Article Read Duration 5 min dibaca

Jerawat boleh meninggalkan parut yang buruk dan tanda perang atau merah gelap yang boleh mengurangkan keyakinan anda, namun terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan untuk mencegah dan menghilangkannya:

• Jangan sentuh atau picit bintik
• Elakkan sabun atau penyental dan gunakan air misel lembut atau pencuci berbusa
• Gunakan penjagaan kulit harian pakar seperti rangkaian EFFACLAR
• Gunakan pelembap bebas minyak bukan komedogenik dengan SPF
• Elakkan pengelupas AHA di rumah yang terlalu pekat yang boleh menyebabkan kerengsaan  

TANDA DAN PARUT SELEPAS JERAWAT: APAKAH IA?

Keradangan yang disebabkan oleh bintik boleh meninggalkan tanda merah atau perang gelap yang degil pada kulit

Tanda merah

Bintik jerawat ialah sarang bagi keradangan yang boleh meninggalkan parut dan tanda gelap. Kulit bertindak balas dengan meningkatkan aliran darah ke kawasan tersebut serta membawa sel darah putih “askar” untuk melawan kuman dan membaiki kerosakan. Malangnya, tindak balas ini boleh berterusan walaupun cela itu telah hilang lalu meninggalkan tanda merah.

Tanda perang

Apabila badan anda melawan cela, keradangan boleh merangsang penghasilan melanin dalam kulit lalu mengakibatkan tanda perang yang berterusan. Tanda ini boleh kekal selama berbulan-bulan setelah bintik itu hilang dan sering berlaku pada kulit yang lebih gelap. Akan tetapi, ia juga boleh menjejaskan kulit yang cerah. Para doktor memanggilnya hiperpigmentasi selepas keradangan atau PIH.

Parut jerawat

Parut jerawat berlaku di mana cela yang dalam mengalami keradangan yang teruk sehingga enzim dimusnahkan di blok binaan dalaman kulit, seperti kolagen dan elastin. Kulit menghasilkan tisu parut untuk menyembuhkan kerosakan. Hasilnya, rupa berlubang yang kurang cantik: Anda mungkin menyebutnya sebagai kawah, manakala pakar dermatologi memanggilnya parut atrofik.

RAWATAN UNTUK PARUT JERAWAT
DAN TANDA MERAH ATAU PERANG

Produk dan rawatan yang akan membantu anda menghilangkan tanda yang tidak sedap dipandang

Apabila bercakap tentang parut jerawat, mencegah lebih baik (dan lebih murah!) daripada merawat kerana rawatan di pusat rawatan yang dijelaskan di bawah mempunyai kos yang besar.

Namun jika anda perlu menangani parut jerawat, tanda merah dan bintik perang gelap, berikut ialah panduan pakar kami untuk menghapuskan parut akibat jerawat muka atau belakang.

Pengelupas kulit di pusat rawatan seperti pengelupas TCA

Larutan yang popular untuk menghilangkan parut jerawat ialah pengelupas TCA (asid trikloroasetik). Mana-mana pengelupas melebihi 10% dianggap sebagai gred perubatan, bermakna ia boleh sampai lebih dalam daripada epidermis (lapisan luar kulit). Pengelupas TCA direka untuk menggalakkan pertumbuhan kolagen baharu, iaitu sejenis protein yang membantu membaiki kerosakan pada kulit dan menambah baik rupanya. Pengelupas ini menggalakkan pergantian sel, justeru menjadikan kulit lebih bersih dan cerah. Malah, ia juga bagus untuk parut jerawat ringan– walaupun akan berlaku waktu henti selepas prosedur sementara kulit anda pulih. Terdapat pelbagai jenis pengelupas kulit yang ada, jadi sila rujuk pakar dermatologi anda untuk mendapatkan nasihat lanjut. Bagi parut yang ketara, tatal ke bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan yang lebih invasif seperti laser peremajaan kulit.

Rawatan laser

Pakar dermatologi anda dapat menerangkan rawatan laser dengan lebih terperinci, tetapi ia berkesan pada parut jerawat dan tanda merah atau perang. Rawatan laser terbahagi kepada “ablatif” atau “bukan ablatif.” Rawatan laser ablatif mengewapkan kulit di dalam dan sekitar parut untuk menghaluskan kulit, manakala bukan ablatif merangsang penghasilan kolagen. Rawatan laser tidak berkesan ke atas semua jenis parut. Kategori tertentu yang dikenali sebagai parut “pemecah ais” yang lebih dalam dan tidak lebar adalah lebih sukar untuk dirawat. Tidak kira apapun jenis parut anda, seorang pengamal harus membincangkan harapan anda dengan teliti dan memastikan anda tahu kemungkinan hasilnya.

Rawatan klinik yang lain

Alternatif lain untuk menyembuhkan parut jerawat termasuk mikrodermabrasi, yang menggunakan kristal kecil untuk “mengikis” lapisan atas kulit. Ia melibatkan sedikit masa pemulihan tetapi apabila kulit anda sembuh, rupa parut akan turut bertambah baik. Penjagaan harus dilakukan bagi jenis kulit yang lebih gelap dan sensitif.

Pengelupasan kulit di rumah: Amaran

Terdapat banyak jenis produk pengelupas dalam pasaran hari ini. Segala gembar-gembur tampak menggoda, namun kami menasihati anda agar mengelakkan pengelupas yang terlalu kuat seperti asid hidroksi alfa (AHA) pekat, kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan dan sebenarnya menjadikan tanda merah dan perang lebih teruk. Sebaliknya, pengelupas “pengelupasan mikro” (penyelumuran kulit) yang mengandungi asid lembut seperti LHA akan membaiki tekstur kulit, merangsang penghasilan kolagen dan membantu menghilangkan parut jerawat.

PENCEGAHAN IALAH RAHSIANYA


UNTUK MENGELAKKAN PARUT JERAWAT DAN BINTIK GELAP

Mengikuti kaedah penjagaan kulit yang betul dan menggunakan krim dan produk yang sesuai dapat memberikan perbezaan yang besar

Terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan parut jerawat dan bintik gelap daripada terbentuk. Paling penting: jangan sentuh, letupkan atau picit! Hal ini hanya akan memburukkan lagi keradangan dan menyebarkan jangkitan. Walaupun anda ingin segera mencuci bintik tersebut, sebenarnya pembersih kasar atau pelelas lebih cenderung meningkatkan keradangan yang mengakibatkan parut dan tanda merah atau perang.

Akhir sekali, ingat bahawa matahari ialah musuh utama bagi tanda. Ia merangsang penghasilan melanin yang mengakibatkan tanda perang dan boleh menjadikan tanda merah kelihatan lebih teruk. Pastikan anda menyertakan SPF ke dalam rutin penjagaan jerawat anda dengan produk seperti ANTHELIOS XL Dry Touch Gel Cream SPF50. Lihat di bawah untuk rutin lengkap bagi mengelakkan tanda dan parut jerawat.

Bagi penjagaan harian, pastikan anda mengikuti amalan membasmi jerawat yang berkesan dan gunakan produk khusus untuk mengurangkan bintik dan jerawat. La Roche-Posay telah membangunkan rangkaian produk EFFACLAR khusus untuk menjaga kulit yang mudah mendapat jerawat.

  • Bersihkan kulit dengan lembut dua kali sehari menggunakan EFFACLAR Micellar Water atau EFFACLAR Purifying Foaming Gel.
  • Usah jimatkan penggunaan pelembap – tetapi gunakan produk bebas minyak kerana penghidratan sangat penting untuk penyembuhan yang optimum. EFFACLAR Duo (+) menghidratkan kulit sambil membantu mencegah dan mengurangkan tanda jerawat perang dan merah.
  • Sinaran UV memburukkan lagi rupa parut dan tanda gelap, jadi jangan lupakan SPF. Ia tidak akan menyumbat pori jika anda memilih pelindung suria yang mengurangkan minyak dan bukan komedogenik seperti ANTHELIOS XL Dry Touch Gel Cream SPF50. Pastikan anda menggunakannya setiap hari.

Seperti biasa, terus berjumpa dengan pakar dermatologi bagi mendapatkan nasihat pakar mengenai cara mengatasi masalah berkaitan jerawat.

KAMI JUGA MEMPUNYAI
RANGKAIAN UNTUK ITU

EFFACLAR ialah rangkaian penyelesaian anti-ketidaksempurnaan lengkap yang menyasarkan semua peringkat kitaran hidup ketidaksempurnaan dengan keberkesanan yang tinggi, sambil memastikan tolerans yang sempurna.

KESELAMATAN KAMI
KOMITMEN

Standard keselamatan melampaui peraturan kosmetik antarabangsa.

La Roche-Posay's product allergy-tested safety commitment

100% PRODUK
DIUJI ALAHAN

Selanjutnya
Satu Prasyarat = Tiada Reaksi Alahan
Sekiranya kami mengesan satu kes, kami akan kembali ke makmal dan merumuskan semula
Safety Commitment Essential Active Dose Product

HANYA YANG PERLU,
DENGAN DOS AKTIF YANG BETUL

Selanjutnya
Dibangunkan dengan kerjasama pakar dermatologi dan toksikologi, produk kami hanya mengandungi bahan-bahan yang perlu dengan dos aktif yang betul.
laroche posay safety commitment sensitive skin model baby

DIUJI
PADA KULIT SANGAT SENSITIF 

Selanjutnya
Toleransi produk kami disahkan pada kulit yang paling sensitif: reaktif, alergi, atau rawan jerawat.
Safety Commitment Formula Protection Product

PERLINDUNGAN FORMULA
DARI MASA KE MASA

Selanjutnya
Kami memilih pembungkusan pelindung terbaik yang hanya menggunakan bahan pengawet yang diperlukan bagi memberikan toleransi dan keberkesanan yang sempurna dari masa ke masa.